Saturday 5 January 2013

.'. Ayuh Bersama Ke Arah Merealisasikan Sekolah Lestari.'.



Dengan Slogan Menawan, Elok, Rimbun, Ceria (MERC), Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Kali Pertama SK Bukit Baru, telah dapat dilaksanakan dengan teratur dan jayanya.
Tempat : Bilik Minda, SK Bukit Baru Melaka.

Ayuh bersama ke arah merealisasikan Sekolah Lestari.. Semoga dengan merealisasikan program ini akan lebih menjadikan kita  lebih menghargai Alam Sekitar dan mensyukuri nikmat Allah SWT yang tidak terhingga. Insyaallah..

Wednesday 2 January 2013

Sesi Persekolahan Bermula Lagi...



Alhamdulillah...Sesi persekolahan Tahun 2013 telah bermula.. Didoakan semoga semua guru lebih bersemangat dan tidak jemu dalam menyampaikan ilmu yang berguna.
Kepada murid-murid semoga alam persekolahan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan di samping dalam melahirkan murid yang berakhlak dan bersahsiah tinggi..
Tidak dilupakan juga buat sahabat-sahabat IPG seperjuangan, kini bermulalah sesi praktikum kita... Buat yang terbaik untuk kalian semua.