Wednesday, 27 February 2013
Praktikum oh Praktikum....
Alhamdulillah pada minggu ini akan memasuki minggu 7 praktikum. Semoga kekuatan itu berterusan hingga keakhirnya.... insyaallah..
Jom ke Karnival PIBG Sekolah-Sekolah Parlimen Bukit Katil
Jom beramai-ramai ke karnival PIBG Sekolah- Sekolah Parlimen Bukit Katil Katil 2013 pada 2 Mac 2013 (Sabtu) bertempat Dewan Tun Ali , Bukit Katil. Banyak acara menarik boleh disertai dan hadiah yang menarik menanti anda... Jangan tunggu lagi.. jom datang beramai-ramai..
Saturday, 2 February 2013
Larian LESTARI SKBB 2013
Alhamdulillah... akhirnya telah selesai sudah program Larian Lestari 2013 bagi Sekolah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka. Semua murid yang terlibat menunjukkan komitmen yang terbaik dan bersungguh -sungguh merebut hadiah yang ditawarkan. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang, dan usaha lagi bagi yang tidak berjaya. Akhirnya, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Moga Allah membalas jasa baik kalian semua...
Saturday, 5 January 2013
.'. Ayuh Bersama Ke Arah Merealisasikan Sekolah Lestari.'.
Dengan Slogan Menawan, Elok,
Rimbun, Ceria (MERC), Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Kali Pertama SK Bukit Baru, telah dapat dilaksanakan dengan teratur dan jayanya.
Tempat : Bilik Minda, SK Bukit Baru Melaka.
Ayuh bersama ke arah merealisasikan Sekolah Lestari.. Semoga dengan merealisasikan program ini akan lebih menjadikan kita lebih menghargai Alam Sekitar dan mensyukuri nikmat Allah SWT yang tidak terhingga. Insyaallah..
Wednesday, 2 January 2013
Sesi Persekolahan Bermula Lagi...
Alhamdulillah...Sesi persekolahan Tahun 2013 telah bermula.. Didoakan semoga semua guru lebih bersemangat dan tidak jemu dalam menyampaikan ilmu yang berguna.
Kepada murid-murid semoga alam persekolahan dapat meningkatkan ilmu pengetahuan di samping dalam melahirkan murid yang berakhlak dan bersahsiah tinggi..
Tidak dilupakan juga buat sahabat-sahabat IPG seperjuangan, kini bermulalah sesi praktikum kita... Buat yang terbaik untuk kalian semua.
Thursday, 20 December 2012
"Mesyuarat Guru Sesi 2013 SK Bukit Baru"
Mesyuarat Guru Sesi 2013 SK Bukit Baru telah bermula pada 20 Disember 2012 (Khamis). Kali ini mesyuarat diadakan lebih awal supaya sesi persekolahan yang bakal bermula akan lebih teratur dan tersusun. Semua guru diminta berganding bahu untuk sama-sama menjadikan SK Bukit Baru, Melaka sebagai sekolah terbaik. Saya bangga menjadi warga SK Bukit Baru.
Tuesday, 11 December 2012
Law Kana Bainana Al-Habeeb
Salam Semua..
Inilah Lagu Kegemaran Saya.. Terasa sebak di hati bila terdengar lagu ini..
Ya Rasulullah " Aku Rindu Padamu"
Antara bait liriknya:
Andainya Kekasih-Mu (Muhammad) masih berada bersama-sama kami
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
Dengan haruman baginda sebelum hilangnya
Rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasih-Mu..
Subhanallah...
Subscribe to:
Posts (Atom)





