Mari bersama menonton video mari bersolat. Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa taat dengan perintahNya.
Sunday, 2 June 2013
MaRi BerSolaT...
Mari bersama menonton video mari bersolat. Semoga kita menjadi hamba yang sentiasa taat dengan perintahNya.
Thursday, 25 April 2013
Alhamdulillah...selesai akhirnya...
Alhamdulillah.... syukur kepada Allah akhirnya selesai sudah sesi praktikum selama 12 minggu.. Terasa begitu lama masa berlalu sebelum ini... Namun akhirnya selesai jua... Terima Allah atas kekuatan yang telah diberikan... semoga kekuatan ini akan berterusan hingga tamat perkhidmatan seorang insan bergelar guru...
Wednesday, 24 April 2013
TAHNIAH dan Syabas……
(Kumpulan dari SK Bukit Baru, Melaka) |
Festival Nasyid bagi kategori sekolah
rendah 2013 telah diadakan pada 24 April 2013 bertempat di Dewan SMKA Sharifah
Rodziah.. Sebanyak 10 kumpulan terbaik
terpilih dan layak ke pertandingan akhir ini setelah bertarung pada sesi
saringan yang telah diadakan pada 7 - 9 April lalu. Kumpulan-kumpulan tersebut
adalah dari SRA (JAIM) Merlimau Pasir, SK Tengkera 1, SK Serkam, SRA (JAIM)
Pernu, SK Dato' Naning, SRA (JAIM) Batang Tiga Timur, SK Air Baruk, SK Bukit
Baru, SK Banda Hilir dan SK Tun Syed Ahmad Shahabudin.
Semua kumpulan mempamerkan persembahan cukup menghiburkan. Para penonton dan penyokong setiap kumpulan
yang hadir tergamam dan sentiasa memuji persembahan menarik, kreatif dan juga
alunan sarikata yang sentiasa mempunyai pelbagai nasihat berguna.
Keputusan Pertandingan:
Keputusan Pertandingan Nasyid SR
2013:
Johan: SK Serkam (Dian)
N. Johan: SK Tengkera 1
Ketiga: SK Dato' Naning
Kumpulan yang menang akan mewakili
Melaka ke Peringkat Kebangsaan di negeri Kedah Darul Aman pada bulan Jun kelak,
insya-Allah.
Tahniah kepada yang telah berjaya!
Friday, 5 April 2013
Wanita Cantik :)
Seorang anak laki-laki kecil bertanya
kepada ibunya "Mengapa engkau
menangis?" "Kerana aku seorang wanita", kata
sang ibu kepadanya. "Aku tidak mengerti", kata anak
itu. Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak
akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu
bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa
alasan?" "Semua wanita menangis tanpa alasan",
hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya. Anak laki-laki
kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis. Akhirnya ia menghubungi Tuhan,
dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah
menangis?"
Allah berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang
wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat
bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk
memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari
dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali
datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk
membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh
keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk
mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap
sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang
rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan
pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan
ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "
"Dan akhirnya, Aku memberinya
air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan
bilapun ia perlukan."
"Kau tahu:
Kecantikan seorang
wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan,
atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus
dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta
itu ada."
Wednesday, 27 February 2013
Praktikum oh Praktikum....
Alhamdulillah pada minggu ini akan memasuki minggu 7 praktikum. Semoga kekuatan itu berterusan hingga keakhirnya.... insyaallah..
Jom ke Karnival PIBG Sekolah-Sekolah Parlimen Bukit Katil
Jom beramai-ramai ke karnival PIBG Sekolah- Sekolah Parlimen Bukit Katil Katil 2013 pada 2 Mac 2013 (Sabtu) bertempat Dewan Tun Ali , Bukit Katil. Banyak acara menarik boleh disertai dan hadiah yang menarik menanti anda... Jangan tunggu lagi.. jom datang beramai-ramai..
Saturday, 2 February 2013
Larian LESTARI SKBB 2013
Alhamdulillah... akhirnya telah selesai sudah program Larian Lestari 2013 bagi Sekolah Kebangsaan Bukit Baru, Melaka. Semua murid yang terlibat menunjukkan komitmen yang terbaik dan bersungguh -sungguh merebut hadiah yang ditawarkan. Tahniah dan syabas kepada semua pemenang, dan usaha lagi bagi yang tidak berjaya. Akhirnya, terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Moga Allah membalas jasa baik kalian semua...
Subscribe to:
Posts (Atom)