Wednesday 24 April 2013

TAHNIAH dan Syabas……

(Kumpulan dari SK Bukit Baru, Melaka)


Festival Nasyid bagi kategori sekolah rendah 2013 telah diadakan pada 24 April 2013 bertempat di Dewan SMKA Sharifah Rodziah..  Sebanyak 10 kumpulan terbaik terpilih dan layak ke pertandingan akhir ini setelah bertarung pada sesi saringan yang telah diadakan pada 7 - 9 April lalu. Kumpulan-kumpulan tersebut adalah dari SRA (JAIM) Merlimau Pasir, SK Tengkera 1, SK Serkam, SRA (JAIM) Pernu, SK Dato' Naning, SRA (JAIM) Batang Tiga Timur, SK Air Baruk, SK Bukit Baru, SK Banda Hilir dan SK Tun Syed Ahmad Shahabudin.

Semua kumpulan mempamerkan persembahan cukup menghiburkan. Para penonton dan penyokong setiap kumpulan yang hadir tergamam dan sentiasa memuji persembahan menarik, kreatif dan juga alunan sarikata yang sentiasa mempunyai pelbagai nasihat berguna.

Keputusan Pertandingan:

Keputusan Pertandingan Nasyid SR 2013:

Johan: SK Serkam (Dian)

N. Johan: SK Tengkera 1

Ketiga: SK Dato' Naning

Kumpulan yang menang akan mewakili Melaka ke Peringkat Kebangsaan di negeri Kedah Darul Aman pada bulan Jun kelak, insya-Allah.

Tahniah kepada yang telah berjaya!

No comments:

Post a Comment